Sunday, April 5, 2009

Jalan Syurga Dan Neraka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: حُفَّتْ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتْ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

Ertinya:

Dari Abi Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.”

(HR. al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:

“Syahwat”: Syahwat yang diharamkan seperti arak, zina, melihat wanita ajnabi, mengumpat, melakukan suatu yang melalaikan dan sebagainya. Tidak termasuk di dalam hadis ini syahwat yang diharuskan, tetapi makruh membanyakkannya kerana dikhuatiri boleh membawa kepada suatu yang haram, mengeraskan hati, atau meninggalkan ketaatan dan sebagainya.

(Tuhfah al-Ahwazi)

No comments:

Post a Comment